Filem Pondok Plastik Tepi Kubur
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
أَهْلًا وَسَهْلًا kalian. Pada kali ini, saya ingin mengkritik tentang sebuah filem yang amat memberi kesan mendalam buat seseorang dan menyayat hati saya.
Filem ini banyak memberi kesan mendalam kepada saya. Salah satunya sebagai pengajaran untuk setiap anak, khususnya apabila sudah berkahwin. Bahkan, menuntun hati seseorang yang lalai ke arah mengingati Allah S.W.T. Oleh hal yang demikian, janganlah kita membuat seorang ibu sebagai hamba abdi dalam melakukan kerja rumah. Walaupun, setiap inti paparan filem ini mempunyai unsur sentimental dan adanya babak yang tidak bermoral tetapi sebenarnya ia boleh dijadikan teladan dan membuka pandangan setiap manusia untuk menghargai pengorbanan ibu bapa.
Meskipun kita dituntut untuk berbuat baik dengan kedua ibu bapa, namun di sana terdapatnya sebuah riwayat yang melebihkan kedudukan seorang ibu berbanding bapa dalam isu berbuat kebaikan kepadanya. Ini dapat kita lihat berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Rasulullah S.A.W. menjawab:
أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ
Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.
Riwayat Muslim (2548)
Sehingga kini saya masih tidak dapat melupakan jalan cerita dan keberkesanan lakonan yang dibawa oleh bintang-bintang telefilem itu sehingga ada hasrat untuk menonton kembali telefilem berkenaan.


Ulasan
Catat Ulasan