Kenali Gambus Brunei
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ أَهْلًا وَسَهْلًا kalian. Umum ketahui bahawa negara Malaysia terdiri pelbagi agama dan kaum. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa Malaysia mempunyai banyak warisan budaya yang unik dan tersendiri. Kita dapat lihat warisan boleh terbahagi kepada dua kategori iaitu warisan ketara dan warisan tak ketara. Warisan ketara merujuk kepada sesuatu yang boleh dilihat dan dipegang seperti bangunan dan tempat bersejarah, kraftangan, warisan dokumentari dan digital serta serta landskap budaya. Warisan tak ketara ialah ilmu dan kepakaran yang ditafsirkan melalui tradisi lisan, nilai-nilai adat dan budaya, bahasa dna persuratan seperti bahasa, acara perayaan, muzik dan lagu, sastera, tradisi makanan, perubatan tradisonal, seni persembahan, sukan dan permainan tradisonal serta ritual dan kepercayaan. Namun begitu, coretan kali ini hanya menceritakan tentang alat muzik tradisional suku kaum Brunei iaitu Gambus ...