Kenali Gambus Brunei
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
أَهْلًا وَسَهْلًا kalian.
Umum ketahui bahawa negara Malaysia terdiri pelbagi agama dan kaum. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa Malaysia mempunyai banyak warisan budaya yang unik dan tersendiri. Kita dapat lihat warisan boleh terbahagi kepada dua kategori iaitu warisan ketara dan warisan tak ketara. Warisan ketara merujuk kepada sesuatu yang boleh dilihat dan dipegang seperti bangunan dan tempat bersejarah, kraftangan, warisan dokumentari dan digital serta serta landskap budaya. Warisan tak ketara ialah ilmu dan kepakaran yang ditafsirkan melalui tradisi lisan, nilai-nilai adat dan budaya, bahasa dna persuratan seperti bahasa, acara perayaan, muzik dan lagu, sastera, tradisi makanan, perubatan tradisonal, seni persembahan, sukan dan permainan tradisonal serta ritual dan kepercayaan.
Namun begitu, coretan kali ini hanya menceritakan tentang alat muzik tradisional suku kaum Brunei iaitu Gambus yang meurupakan warisan budaya bagi suku kaum tersebut.
Gambus adalah alat muzik petik seperti mandolin yang berasal dari Timur Tengah. Paling sikit gambus dipasangi 3 senar dan paling banyak 12 senar serta badannya membujur buat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya dan ia dipetik sama seperti bermain gitar. Gambus dimainkan sambil diiringi gendang. Sebuah orkes memakai alat muzik utama berupa gambus dianmankan orkes gambus atau disebut gambus sahaja. Gambus mengiringi tarian Zapin dan tarian Jepen. Alat muziknya terdiri daripada biola, gendang, tabla dan seruling.
Di Sabah, alat muzik banyakkan tidak hanya untuk mengiringi tarian Zapin sahaja malahan Gambus boleh mengiringi lagu dan banyak diundang di pesta sunatan dan perkahwinan serta mengiringi tarian Andai-andai oleh suku kaum Brunei di Sabah. Di Kampung Brunei Membakut, Sabah, Gambus amat kerap sekali dimainkan dan diundang apabila adanya acara perkahwinan. Gambus sering dimainkan pada waktu malam dengan mengiringi lagu sehingga semua orang menari. Walaupun berasal dari luar negeri, namun ia sangat sinonim dengan masyarakat Brunei Sabah. Ketika seni dan alat muzik tradisional di Malaysia semakin sirna atau akan berkubur ke dalam Muzium, manakala persembahannya semakin terpinggir atau snagat berkurangan, masyarakat Brunesih mampu dan mempunyai daya saing dalam usaha menggalak dan menyemarakkan muzik gambus.

Ulasan
Catat Ulasan