Kurangnya minat terhadap bidang sastera, bahasa dan budaya?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
أَهْلًا وَسَهْلًا kalian.
- Sikap pelajar penuntut universiti yang tidak berminat dan tiada kecenderungan mendalami sastera, bahasa dan budaya terutama karya tokoh tempatan.
- Keutamaan dalam bidang teknologi, sains dan matematik.
- Peluang pekerjaan yang terhad.
- Kurangnya media cetak yang memaparkan bahan berundurkan sastera selain daripada majalah dewan sastra, bahasa dan budaya.
Itulah antara cabaran dalam perkembangan sastera, bahasa dan budaya. Minat pelajar terhadap bidang sastera, bahasa dan budaya berkurang terutamanya dalam kalangan mahasiswa universiti. Bidang bahasa juga amat berkurang kerana penuntut universiti yang mengambil bidang seperti Kesusateraan Melayu berkurang kerana segelintir pelajar menganggap bidang tersebut adalah klasik dan tidak penting untuk mempelajarinya. Mereka yang berkata sedemikian, sudah tentu tidak merasai keindahan karya bahasa, budaya dan ilmu karya tempatan. Hal ini amat membimbangkan negara kerana dari sini la cara kita memperindah bahasa dan mencipta perkataan yang baharu. Di sini jua la kita dapat memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat lebih tinggi. Bahkan, karamah insaniah tentu keyakinan terletak kepada nilai, adab, akhlak yang diterjemahkan melalui budaya dan seni. Oleh hal yang demikian, alternatif yang efektif dan efisien perlu dilaksanakan demi mempertahan dan memperkembangkan dunia sastera, bahasa dan budaya di samping memperkaya wawasan pembaca dalam kalangan komuniti.

Ulasan
Catat Ulasan