Pejuang wanita dalam hak kemanusiaan Islam
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
أَهْلًا وَسَهْلًا kalian. Berdasarkan gambar di bawah mesti anda tertanya apakah coretan pada kali ini.
Apabila anda memerhatikan gambar tersebut, tampaklah seorang wanita yang mungkin anda kenali. Bagi yang masih bertanda tanya siapa wanita tersebut, marilah saya menceritakan serba sedikit biodata beliau.
Wanita itu ialah Datin Seri Nur Heliza Helmi. Beliau berumur 37 tahun dan lahir di Kuala Terengganu. Beliau juga mengambil jurusan Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Sains, Biologi dan Kimia di Univerisiti Malaysia Sabah, Kota kinabalu, Sabah. Selepas menjadi seorang bergraduan, beliau menjadi seorang yang bekerjaya iaitu seorang penyanyi, model, pengacara, penceramah, pakar motivasi, pelakon dan sukarelawan dalam kegiatan kemanusiaan. Datin Seri Nur Heliza Helmi juga merupakan salah satu penggiat seni yang aktif dalam bidang kemanusiaan masyarakat Islam. Ini dapat dicontohi buat semua komuniti di Malaysia mahupun luar negara. Beliau sering bergiat bersama adiknya, Hazwani Helmi. Semangatnya untuk memperjuang isu ummah ini semakin kuat setelah beliau pergi dan lihat sendiri keadaan di Gaza, Palestin pada tahun 2012. Belaiau sering kongsikan isu ini kepada masyarakat.
Bahkan, lirik lagu 'La Tahzan' diinspirasikan hasil daripada pengalaman beliau menjejakkan kaki di sana pada pertama kalinya. Beliau yang merupakan duta Aman Palestin dan beliau juga aktif dalam mengikuti pertubuhan bukan kerajaan NGO yang lain seperti Muslim Care, MAPIM dan banyak lagi.
Kini, kita dapat lihat dari isu Gaza, beliau lantang dalam memperjuangkan hak Palestin dan menentang zionis Israel yang melakukan kekejaman dan pembunuhan di Palestin sehingga hari ini. Bukan itu sahaja, beliau juga sedang memperjuangkan isu kemanusiaan di Syria dan membantu masyarakat pedalaman di Sabah yang memerlukan bantuan dari segi bimbingan dan pendidikan ajaran Islam. Heliza dan Hazwani tidak pernah berhenti memperjuangkan hak kemanusiaan masyarakat Islam yang tergugat walaupun mereka berdepan dengan pelbagai cabaran sebagai sukarelawan.
Sifat keberanian, kesungguhan, dan kemanusiaan seorang wanita dalam perjuangan hak umat Islam yang sedang digugat di negara Islam itu sendiri telah memotivasikan dan mengagumi saya untuk menjadi seorang sukarelawan yang berani menyertai dan menjejakkan kaki ke tempat misi kemanusiaan negara Islam yang terjejas sehingga menjalankan misi bantuan dari segi makanan dan minuman serta tempat perlindungan sementara dan pakaian. Sifat Heliza Helmi yang lantang bersuara dalam isu hak kemanusiaan orang Islam, khususnya isu pembunuhan yang kejam rakyat Palestin oleh Zionis Israel telah menaikkan semangat saya untuk bergiat aktif dan berani menyuarakan kemarahan terhadap kekejaman zionis Israel dan mempertahankan hak kemanusiaaan Palestin serta menyebarkan maklumat berkaitan kekejaman yang dilakukan oleh zionis Israel melalui platform media sosial.




Ulasan
Catat Ulasan