(Ca-Ha-Ya) بو
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
أَهْلًا وَسَهْلًا kalian. Sebaik sahaja kalian melihat paparan di coretan pada kali ini, saya yakin kalian pasti tahu akan drama ini.
Melati kuntum tumbuh melata;
Assalammualaikum mulanya bicara,
Saya sembah mukadimah cerita.
Drama Nur TV3 mengisahkan seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmu agamanya, rupa paras dan anak lelaki kepada penceramah bebas yang juga terkenal iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin. Namun, pada hari ustaz Adam memberi kuliah di masjid, dia sering mendapat soalan dari pengirim misteri iaitu Nur. Nur digelar pelacur disebabkan ibunya seorang pelacur dan memaksanya bekerja sebagai pelacur di lorong gelap. Namun, kecekalan dan ketabahan Nur untuk mentaati Allah dan ingin mendalami agama Islam menyebabkan Allah pertemukan Adam dengan Nur. Asbab kemunculan Adam telah mengubah kehidupan Nur sehingga Adam jatuh cinta akan Nur kerana agama dan Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, permasalahan tidak berhenti di situ, hubungan Adam dan Nur mendapat tentangan yang hebat daripada keluarga Adam khususnya, ibu dan kakak kandungnya. Tidak seperti Datuk Ayah Haji Mukhsin, hunbungan ayah dan anak yang sangat rapat menjadi tempat Adam mendapatkan sebarang panduan dan amanat. Konflik terus berlaku sejak Nur menjadi isteri kepada Adam. Suami kepada kaka Adam, Aisyah iaitu Syed Hamadi merupakan seorang yang munafik. Gelaran ustaz hanyalah sekadar nama sahaja dan berselindung disebalik kebaikan sedangkan segala tanggungjawab tidak dijalankan dan hilangnya amanah dalam diri apabila ia gugur dalam keseronokan dunia dan kekuasaan yang dimiliki. Sinar harapan Adam dan Nur untuk hidup bersama sudah pasti ada buat hamba Allah yang diuji keimanan dan kesabaran mereka.
Bukanlah saya mahu menjadikan ekspresi seni mereka tetapi adanya pena goresan buat karya pendramaan.
Siri Drama Nur ini sememangnya amatlah saya minati. Hal ini demikian kerana plot cerita ini menginginkan dan merangsang penonton untuk mengetahui jalan cerita seterusnya. Penceritaan drama ini juga dapat diambil sebagai iktibar dalam kehidupan untuk sentiasa mentaati perintah Allah S.W.T dan tidak memandang serong terhadap orang serta menghukum seseorang sedangkan kita manusia tidak layak menghukum saudara kita. Lebih-lebih lagi apabila kita mempunyai ilmu agama yang lebih luas dan tinggi daripada seseorang.
Walaupun ada sesetengah pihak menganggap penulis skrip sengja menjatuhkan maruah seorang ustaz apabila mewujudkan watak Ustaz Hamadi, seorang yang munafik dan hanya berselindung disebalik nama gelaran dan kebaikan tetapi karya yang dipersembahkan banyak membuka mata masyarkat untuk tidak memandang jijik dengan merka yang hidup di lorong. Bahkan, kita perlu mendekati dan mendidik mereka ke jalan Allah S.W.T.
Gelap gulita di malam hari;
Andai ada terlanjur kata,
Maaf dipinta setulus hari.



Ulasan
Catat Ulasan