Jadilah Wanita Dirindui Syurga

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 أَهْلًا وَسَهْلًا kalian. 

Wanita perlu mengetahui peranannya di muka bumi sebagai hamba Allah dan khalifah di dunia supaya dapat melaksanakan tuntutan wanita sebagai isteri, anak dan anggota masyarakat. Golongan wanita perlu mencontohi empat wanita yang bakal sebagai penghulu wanita di syurga seperti sabda Rasulullah SAW:

“Sebaik-baik muslimah syurga ialah Khadijah, Fatimah, Maryam dan Asiyah. (Hadis Riwayat Baihaqi)


Namun coretan pada kali hanya memfokuskan kepada isteri Rasulullah iaitu Sayidatina Khadijah Binti Khuwailid. Beliau merupakan wanita pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dengan memeluk agama islam setelah kerasulan Nabi Muhammad SAW. Sayiditina Siti Khadijah Binti Khuwailid ini juga dikenali sebagai ahli perniagaan yang sangat disegani dalam kalangan masyarakat Arab. Bahkan, sifatnya yang dermawan walaupun memiliki harta yang banyak, beliau sentiasa membantu golongan fakir dan miskin.

 

Sifat utama sayidatina Khadijah yang seorang bijak bertindak dan memiliki semangat pengorbanan yang tinggi di mana beliau membelanjakan hartanya untuk membantu umat islam pada awal islam termasuklah keluarga Bani Hasyim semasa dipulau oleh musyurikin Quraisy. Beliau juga menjadi pendorong dan penyokong perjuangan Rasulullah menyebarkan dakwah Islam sehingga sentiasa berada di sisi Rasullulah. Walaupun ditimpa penderitaan, keunggulan, kegigihan dan ketabahan hati Sayidatina lah menjadi perangsang berjayanya Rasulullah S.A.W mengembangkan dakwah Islamiah. Sungguh hebat pengorbanan beliau. Rasulullah S.A.W amat menyayangi isterinya, Sayidatina Khadijah dan selalu memujinya walaupun Khadijah telah meninggal dunia.

 

“Wanita yang paling baik pada zamannya ialah Mariam anak Imran dan wanita yang paling baik pada zaman ini pula ialah Khadijah anak Khuwailid”

(Diriwayatkan daripada Sayidina Ali bahawa dia pernah mendegar Rasullullah S.A.W berkata).

 

Di situ yang kita dapat lihat kekuatan iman yang dimiliki Sayidatina Khadijah untuk menegakkan dan menyebarkan Din al-Islam sehingga berjaya melahirkan generasi yang salih dan kuat berjihad apda jalan Allah.

 

Wanita islam pada zaman Rasullulah S.A.W menjadi ibu mithali kepada seluruh wanita Islam kerana keperibadian yang ditunjukkan adalah melambangkan keperibadian wanita yang beriman dan salih sebagaimana dikehendaki oleh Allah S.W.T. Pengorbanan dalam membangunkan tamadun Islam yang teragung pada zaman Rasulullah perlu dijadikan teladan kepada wanita Islam hari ini dalam usaha membangunkan dan menegakkan semula tamadun Islam.

Oleh itu, Bumi Gaza! Mungkin itu asbab Islam bersatu. Marilah berjuang! Perjuangan demi Palestin itu lah amanat kita sebagai saudara islam pada hari ini.

From the river to the sea

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Gambus Brunei

Novel Anggerik Ungu

Kurangnya minat terhadap bidang sastera, bahasa dan budaya?