Penghijrahan yang dinantikan

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

أَهْلًا وَسَهْلًا kalian. Coretan kali ini tentang pendidikan aku di peringkat Ijazah Sarjana.

Ini lah Universiti saya iaitu Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Di sini lah bermulanya kisah seorang mahasiswa dan juga seorang anak perantau. 

Penghijrahan demi pendidikan yang sangat diinginkan kini menjadi kenyataan. Akhirnya aku diberikan peluang untuk belajar jauh dari halaman negeriku. Aku mendapat tawaran belajar di Universiti Putra Malaysia. Walaupun aku tahu, tiada satu pun kawan Stpm yang aku rapat mahupun kenal mendapat peluang yang sama, namun di sudut hati ku berasa gembira. Semangat ingin belajar di amatlah berkobar-kobar. Aku yakin bahawa aku akan dapat kawan bukan hanya kawan sebilik malahan kawan sama kos Ijazah Sarjana. Alhamdulillah, segala urusan aku ke sini dipermudah oleh Allah S.W.T. Mama, baba dan kakak ku turut sama menghantar aku ke Universiti ini. Sejujurnya aku hanya baru pertama kali duduk di asrama, walaupun dalam niat untuk berdikari tetapi di sudut hati yang lain pula perasaan takut, gelisah menjadikan aku menyesal sedikit kerana tidak dapat balik bersama-sama mereka. Namun, ia bukan lah penghalang bagi ku untuk berhenti di sini malah berazam untuk cemerlang. Itu lah impian setiap seorang anak kepada insan yang yang bergelar Mama dan Baba. Aku juga mempunyai impian jikalau aku belajar di sini mesti aku berpeluang untuk mengembara ke negeri orang di Tanah Semenanjung ini.

Hari pertama dan orang yang pertama masuk ke bilik kuliah. Sesudah memasuki bilik kuliah tersebut aku mulai terbayang saat akan diajar oleh pensyarah dengan berpuluh-puluh mahasiswa. 


Di sini lah titik permulaan aku mengenali Al-huda. Di sini jua lah aku dibawa oleh sekumpulan Al-Huda untuk menjelajah tempat yang menarik dan kemudahan yang ada di Universiti Putra Malaysia.


Foto yang pertama semasa jelajah Universiti Putra Malaysia iaitu Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Kini, ia merupakan tempat aku menyiapkan tugasan yang diberikan dan mencari buku sasteraatau rujukan. Aku amat suka akan belajar di tempat ini kerana suasana yang tidak laguh-lagah dan tenang membuatkan keselesaan dalam diri.

Hakikatnya, aku sudah semester kedua dan tahun kedua menjadi mahasiswi Universiti Putra Malaysia. Alhamdulillah. Tidak sedar lagi aku akan mengakhiri pendidikan ini tidak lama lagi. Masya-Allah, masa berlalu dengan cepat. 








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenali Gambus Brunei

Novel Anggerik Ungu

Kurangnya minat terhadap bidang sastera, bahasa dan budaya?